Proud to serve Malaysia in nuclear and quantum education, research, industry, health and energy with passions ..... since 1988

Call for papers: International Nuclear Science Engineering et Technology Conference (iNuSTEC2013),
Date: 30 September ; 1 & 2 October 2013

Venue: Cititel, Kuala Lumpur

Theme: International Cooperation for Nuclear Science and Energy Development
 
Nuc

International Conference on
Neutron and X-Ray Scattering
(ICNX2011), Taiwan

1st Asia-Oceana Neutron Scattering Association (AONSA)
Conference on Neutron Scattering, 20-24 Nov 2011,
EPOCHAL TSUKUBA, JAPAN

>>  Read more
   
 
MNS's prime vision is to promote nuclear knowledge and business for nation wealth....
 

Intro

Malaysian Nuclear Society (MNS), established in 1988 (end), is a non-governmental organization committed to promote the peaceful use of nuclear science and technology. Currently it has over 550 members comprising professionals from the private and public sectors, academics, institutions of higher learning, corporate and industrial sectors.

Objectives

(a) to promote the development and science and technology dissemination of knowledge nuclear.
(b) give view and advice to build who are free in matter relating with science and technology nuclear.
(c) promote cooperation in among member and between any body purposeful like.

Activities

(a) hold the meeting, discussion council, public lecture, seminar, forum, and such councils it those related with science and technology nuclear and issues those pertaining it.
(b) accept and apply fee and money shaped helps or other from individual people and conditional other organisations get approval from pehak certain for goals on, or part-of it, and to establish fund to section that same.
(c) make other activities not contradict with the law to section achieve the objective on.

 MNS - Rules (Bahasa Malaysia)

 Please consider to read this MNS Constitution before you begin to signup as our member.

MALAYSIAN NUCLEAR SOCIETY CONSTITUITION - UNDANG-UNDANG PERSATUAN NUKLEAR MALAYSIA
     *Termasuk pindaan Nov 2001 (nombor pendaftaran Bil. P.P.M. /Sel. 737/88)


PERKARA 1: NAMA


1.1 Persatuan ini hendaklah dinamakan Persatuan Nuklear Malaysia atau dalam bahasa Inggeris "Malaysian Nuclear Society" (yang seterusnya disebut 'Persatuan' atau MNS).

1.2 Logo atau lambang Persatuan ini adalah seperti yang tertera pada bahagain akhir ruang ini.

PERKARA 2: ALAMAT BERDAFTAR

2.1 Alamat berdaftar Persatuan ialah d/a Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT), Bangi, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan atau lain-lain tempat yang telah di luluskan oleh Mesyuarat Agong dari masa ke semasa setelah mendapat kebenaran bertulis dari Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.


PERKARA 3: MATLAMAT DAN KEGIATAN

3.1 Matlamat

Matlamat Persatuan ialah seperti berikut:

(a) untuk menggalakkan kemajuan dan penyebaran pengetahuan sains dan teknologi nuklear.
(b) memberi pandangan dan nasihat membina yang bebas dalam hal berkaitan dengan sains dan teknologi nuklear.
(c) menggalakkan kerjasama di antara ahli dan di antara mana-mana badan yang mempunyai tujuan yang serupa.

3.2 Kegiatan

Kegiatan Persatuan ialah seperti berikut:

(a) mengadakan mesyuarat, majlis perbincangan, syarahan awam, seminar, forum, dan majlis-majlis yang seumpamanya yang berkaitan dengan sains dan teknologi nuklear serta isu-isu yang berkaitan dengannya.
(b) menerima dan memohon yuran dan sumbangan berbentuk wang atau lain-lain daripada orang perseorangan dan organisasi-organisasi lain dengan syarat mendapat kebenaran daripada pehak tertentu untuk matlamat-matlamat di atas, atau sebahagian daripadanya, dan untuk mewujudkan tabung bagi tujuan yang sama.
(c) mengadakan kegiatan-kegiatan lain yang tidak bercanggah dengan undang-undang bagi tujuan mencapai matlamat di atas.

PERKARA 4: KEANGGOTAAN

4.1 Ahli Kehormat: Warganegara Malaysia yang mengikut budibicara Jawatankuasa Pentadbir Persatuan telah menunjukkan jasa yang istimewa bagi perkembangan sains dan teknologi nuklear boleh dilantik menjadi ahli kehormat oleh Jawatankuasa Pentadbir Persatuan.

4.2 Ahli Biasa: Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang sains dan/atau teknologi nuklear yang tugasnya berkaitan dengan sains dan teknologi nuklear layak dipertimbangkan untuk menjadi ahli biasa.

4.3 Ahli Bersekutu: Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan akademik bukan dalam bidang sains dan teknologi nuklear dan tidak semestinya mempunyai tugas yang berkaitan dalam bidang sains dan teknologi nuklear tetapi menunjukkan minat dalam perkembangan sains dan teknologi nuklear layak dipertimbangkan menjadi ahli bersekutu.

4.4 Ahli Pelajar: Para pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia yang berminat mengikuti perkembangan sains dan teknologi nuklear layak dipertimbangkan menjadi ahli pelajar dengan syarat mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Naib Canselor Universiti berkenaan. Ahli pelajar hendaklah menukarkan statusnya ke ahli biasa setelah tamat pengajian dengan mengemukakan permohonan bertulis kepada Setiausaha Persatuan dalam tempoh 2 tahun selepas tamat pengajian dengan jayanya, sebelum keahliannya digugurkan secara automatik.

4.5 Ahli Korporat: Agensi, perbadanan, atau syarikat yang berminat memperkembang- kan sains dan teknologi nuklear.

4.6. Ahli Seumur Hidup: Ahli biasa boleh memohon untuk menjadi ahli seumur hidup dengan bayaran yang telah ditetapkan.


PERKARA 5: GABUNGAN

5.1 Persatuan hanya boleh bergabung dengan mana-mana persatuan luar negeri setelah diluluskan oleh Mesyuarat Agung.

PERKARA 6: YURAN

6.1 Yuran keanggotaan bagi tempoh satu tahun ialah seperti berikut:

Jenis keanggotaan: Yuran Masuk/ Yuran Tahunan;

Ahli Kehormat: -/ -; Ahli Biasa: RM 5.00/ RM 15.00; Ahli Bersekutu: RM 5.00/ RM 10.00; Ahli Pelajar: -/ RM 5.00; Ahli Korporat: RM 50.00/ RM100.00; Ahli seumur Hidup: RM50.00/ RM200.00.

6.2 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan dalam masa 3 bulan setelah bermula tahun kewangan yang baru atau pada masa permohonan dibuat di mana yuran yang dibayar akan diselaraskan dengan tempohmasa sehingga keakhir tahun berikutnya mengikut tempoh keanggotaan dalam tahun permohonan itu.

6.3 Seseorang ahli yang terhutang yurannya selama 2 tahun berturut-turut adalah terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan hilang akan segala haknya dalam Persatuan dan namanya hendaklah dipotong dari daftar ahli.

6.4 Seseorang yang terhenti dari menjadi ahli menurut Perkara 6.3 di atas boleh memohon menjadi ahli semula dengan syarat semua tunggakan yurannya telah dibayar dengan penuh.

PERKARA 7: PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN

7.1 Ahli-ahli akan berhenti kerana meninggal dunia, atas permintaan sendiri atau diberhentikan oleh Persatuan berdasarkan keputusan 2/3 ahli Jawatankuasa Pentadbir Persatuan.

7.2 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberikan notis sekurang-kurannya 30 hari secara bertulis kepada Setiausaha dan dia dikehendaki menjelaskan semua yurannya yang terhutang.

7.3 Jawatankuasa Pentadbir Persatuan boleh mengambil tindakan menasihati atau memecat mana-mana ahli Persatuan yang menjalankan apa-apa kegiatan yang boleh mencemarkan nama baik Persatuan atau yang bertentangan dengan matlamat Persatuan atau yang boleh mengganggu perjalanan pentadbiran Persatuan.

7.4 Ahli-ahli yang tidak berpuas hati terhadap mana-mana keputusan Jawatankuasa Pentadbir Persatuan mengenai pemberhentian dan pemecatan boleh merayu kepada Mesyuarat Agung dengan membuat rayuan secara bertulis. Kelebihan suara 2/3 daripada ahli-ahli hadir yang berhak mengundi adalah diperlukan bagi memansuhkan keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pentadbir Persatuan.

7.5 Seseorang yang terhenti daripada menjadi ahli Persatuan adalah terlucut segala hak dan tuntuannya terhadap Persatuan dan/atau harta bendanya, jika ada.
PERKARA 8: HAK DAN TANGGUNG-JAWAB

8.1 Hanya Ahli biasa sahaja yang berhak mengundi dan bertanding sebagai calon dan memegang jawatan dalam Jawatankuasa Pentadbir Persatuan.

8.2 Semua hali berhak mengambil bahagian dalam setiap kegiatan dan menikmati segala kemudahan yang disediakan oleh Persatuan.

8.3 Setiap ahli hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang Persatuan.

PERKARA 9: MESYUARAT

9.1 Kuasa tertinggi Persatuan adalah terletak kepada Mesyuarat Agung. Mesyuarat Agung terdiri daripada Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luarbiasa.

9.2 Mesyuarat Agung Tahunan

(a) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan secepat mungkin dan tidak lewat dari 3 bulan selepas penutupan tahun kewangan Persatuan iaitu 31 hb. Mac tiap-tiap tahun.

(b) Tujuan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tersebut ialah untuk

(i) membincang dan mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan yang lalu (ii) menerima laporan Jawatankuasa tentang hal ehwal dan kegiatan Persatuan
(iii) menerima dan meluluskan Penyata Akaun Persatuan yang sudah diaudit (iv) memilih anggota Jawatankuasa Pentadbir Persatuan yang baru, jika berkenaan
(v) melantik dua (2) orang juruaudit, jika berkenaan
(vi) membahas dan meluluskan usul-usul dan perkara-perkara berbangkit jika ada yang terkandung dalam agenda.

(c) Notis atau pemberitahuan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dibuat secara bertulis kepada ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum tarikh yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Tahunan itu diadakan.

(d) Sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum Mesyuarat Agung Tahunan, Setiausaha hendaklah mengedarkan agenda, minit-minit Mesyuarat Agung yang lalu, laporan tahunan Jawatankuasa dan penyata akaun yang telah diaudit serta usul-usul untuk perbincangan kepada semua ahli.

9.3 Mesyuarat Agung Luarbiasa

(a) Satu Mesyuarat Agung Luarbiasa hendaklah diadakan apabila:

(i) difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Pentadbir Persatuan, atau
(ii) atas permintaan bersama secara bertulis daripada dua pertiga (2/3) jumlah ahli biasa.

(b) Mesyuarat berkenaan hendaklah diadakan tidak lewat dari tiga (3) minggu daripada tarikh penerimaan permintaan dari ahli-ahli. Pengumuman dan agenda mesyuarat seumpama itu hendaklah dihantar oleh Setiausaha kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh mesyuarat tersebut.

(c) Tidak ada perkara lain yang boleh dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Luarbiasa selain daripada perkara khusus yang terdapat dalam pengumuman bagi mesyuarat tersebut yang mana kerananya mesyuarat itu diadakan.

9.4 Korum

(a) Korum untuk Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tiga (3) kali jumlah ahli Jawatankuasa Pentadbir atau 30 orang ahli biasa mengikut mana yang kurang. Korum bagi Mesyuarat Agung Luarbiasa pula hendaklah � daripada bilangan ahli biasa.

(b) Jika tiada korum yang hadir selepas satu (1) jam dari waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat itu, mesyuarat tersebut hendaklah ditangguhkan dan diadakan semula dalam masa (30) hari dari tarikh asal mesyuarat tersebut.

(c) Sekiranya ahli-ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang ditunda juga tidak mencukupi untuk menjadikan satu korum, mereka yang hadir bolehlah disifatkan membentuk satu korum tetapi tidak mempunyai kuasa untuk mengubah, meminda atau membuat tambahan kepada undang-undang Persatuan.

(d) Bagi Mesyuarat Agung Luarbiasa pula, korum yang masih tidak mencukupi setelah 30 hari mesyuarat ditangguhkan hendaklah menyebabkan mesyuarat tersebut dibatalkan terus.

9.5 Mesyuarat Agung Tahunan/Luarbiasa hendaklah dipengurusikan oleh seorang ahli dari kalangan mereka yang hadir.

9.6 Sebarang usul hendaklah disampaikan kepada Setiausaha tiga (3) minggu sebelum tarikh mesyuarat.

PERKARA 10: PENTADBIRAN PERSATUAN

10.1 Urusan pentadbiran hal ehwal Persatuan hendaklah dikendalikan oleh satu Jawatankuasa Pentadbir yang dipilih dua (2) tahun sekali dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan. Jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada ahli-ahli berikut:

(a) seorang Presiden
(b) seorang Timbalan Presiden
(c) seorang Setiausaha
(d) seorang Penolong Setiausaha
(e) seorang Bendahari, dan
(f) 4 orang Ahli Jawatankuasa Biasa.

10.2 Jika mana-mana ahli jawatankuasa tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa sebab bertulis yang menasabah, ahli jawatankuasa tersebut boleh dinasihatkan supaya mengosongkan jawatannya.

10.3 Sekiranya mana-mana ahli jawatankuasa itu terhenti daripada menjadi Ahli Jawatankuasa, maka Ahli Jawatankuasa yang ada hendaklah melantik mana-mana ahli dikalangan mereka mengisi jawatan yang dikosongkan dan seterusnya melantik mana-mana ahli biasa menggantikan Ahli Jawatankuasa tersebut dengan kadar secepat mungkin.

10.4 Mesyuarat jawatankuasa hendaklah dipengurusikan oleh Presiden atau di masa ketiadaannya oleh Timbalan Presiden atau di masa ketiadaan mereka oleh seorang ahli jawatankuasa yang dipilih dari kalangan mereka yang hadir.

10.5 Segala keputusan hendaklah diputus-kan melalui undi lebih suara. Setiap ahli jawatankuasa hendaklah mempunyai satu undi dan Pengurusi mempunyai undi pemutus.

10.6 Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbir Persatuan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga (3) kali dalam setahun dan hendaklah memberi notis kepada ahli-ahli tujuh (7) hari terlebih dahulu. Korum mesyuarat ialah setengah jumlah ahli jawatankuasa Pentadbir yang hadir.

10.7 Bagi melicinkan lagi pengurusan Persatuan ini, maka Jawatankuasa Pentadbir Persatuan berhak melantik mana-mana ahli bagi menjawat sesuatu jawatan yang difikirkan perlu.

10.8 Bagi mengambil kira kepelbagaian bidang sains dan teknologi nuklear serta minat ahli-ahli, maka Jawatankuasa Pentadbir Persatuan berhak membentuk sesuatu kumpulan yang mempunyai kepentingan khusus untuk membangunkan sesuatu bidang teknologi nuclear. Kumpulan ini disebut sebagai Chapter MNS.

(a) Chapter MNS hendaklah mempunyai Kenyataan Rujukan atau 'Term of Reference' (TOR) seperti berikut:

(i) Chapter MNS ditubuhkan di bawah naungan MNS

(ii) Chapter MNS hendaklah membawa nama 'MNS/Chapter MNS'

(iii) Chapter MNS akan menerima keistimewaan yang sedia ada pada MNS

(iv) Ahli Chapter MNS hendaklah terlebih dahulu ahli MNS

(v) Chapter MNS ditubuhkan dengan Kenyataan Rujukan (TOR) yang dipersetujui MNS.

(vi) Chapter MNS boleh membuka akaun kewangannya sendiri selepas dipersetujui oleh Jawatankuasa Pentadbir Persatuan.

(vii) Semua aktiviti Chapter MNS hendaklah sejajar dan memenuhi hasrat serta tidak menjatuhkan maruah MNS.

(viii) Bendahari MNS hendaklah menjadi salah seorang penama akaun kewangan Chapter dan segala urusan kewangan Chapter hendaklah mendapat tandatangan Bendahari MNS.

(b) Chapter MNS boleh membentuk jawatankuasa pentadbirnya sendiri untuk menjalankan aktivitinya.
(c) Jawatankuasa Pentadbir Persatuan boleh mengambil tindakan membubarkan mana-mana Chapter MNS yang didapati tidak lagi aktif atau memenuhi matlamat Persatuan, setelah memberi notis pembubaran sekurang-kurangnya 30 hari. Kesemua pengurusan akaun kewangan Chapter yang dibubarkan hendaklah diserahkan kepada Bendahari Persatuan dan semua rekod aktiviti Chapter diserahkan kepada Setiausaha Persatuan.

PERKARA 11: KEWAJIPAN AHLI JAWATANKUASA PENTADBIR

11.1 Presiden

(a) Presiden hendaklah dalam tempoh jawatannya mempengurusikan semua mesyuarat jawatankuasa Pentadbir dan adalah bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat-mesyuarat itu. Beliau hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat pada masa minit-minit tersebut diluluskan.

(b) Beliau hendaklah mengawasi pentadbiran serta perjalanan Persatuan dan hendaklah juga berikhtiar supaya peraturan dan undang-undang Persatuan dipatuhi oleh semua ahli.

(c) Beliau hendaklah menandatangani semua cek bagi pehak Persatuan bersama dengan Bendahari.

11.2 Timbalan Presiden

Timbalan Presiden hendaklah membantu Presiden dan mewakili Presiden semasa ketiadaannya.

11.3 Setiausaha

(a) Setiausaha hendaklah menjalankan urusan Persatuan selaras dengan peraturan-peraturannya dan hendaklah menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung dan juga mesyuarat Jawatan-kuasa Pentadbir Persatuan.

(b) Beliau adalah bertanggungjawab di atas semua surat menyurat dan menyimpan semua buku, dokumen-dokumen dan kertas-kertas kecuali yang berkenaan dengan akaun dan rekod kewangan.

(c) Beliau hendaklah hadir di semua mesyuarat dan mencatatkan semua perbincangan.

(d) Beliau hendaklah menyimpan satu daftar ahli yang mengandungi butir-butir nama, tarikh dan tempat lahir, nombor kad pengenalan, alamat rumah, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan tarikh ahli-ahli itu diterima masuk menjadi ahli.

(e) Beliau hendaklah menandatangani semua cek bagi pehak Persatuan bersama Bendahari semasa ketiadaan Presiden.

11.4 Penolong Setiausaha

Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas-tugasnya dan hendaklah memangku jawatannya ketika ketiadaan Setiausaha.

11.5 Bendahari

(a) Bendahari hendaklah bertanggungjawab terhadap kewangan Persatuan.

(b) Beliau hendaklah menyimpan satu Buku Yuran dan buku-buku akaun yang berkaitan dengan semua urusan kewangan dan hendaklah bertanggung-jawab atas kesahihan akaun Persatuan.

(c) Beliau boleh memegang panjar wang runcit tidak melebihi RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus) pada sesuatu masa. Semua wang yang lebih daripada jumlah ini hendaklah, dalam masa tujuh hari dari ianya diterima, dimasukkan ke dalam akaun bank yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pentadbir. Akaun Bank hendaklah diatas nama Persatuan. Bendahari hendaklah bersama-sama dengan Presiden atau Setiausaha menanda-tangani semua cek bagi Persatuan.

(d) Membentang akaun Persatuan pada setiap mesyuarat Jawatankuasa Pentadbir.

(e) Menyediakan akaun Persatuan untuk diaudit oleh juruaudit-juruaudit yang telah dilantik sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

(f) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 100.00 (Seratus Ringgit) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pentadbir dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit) bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 100.00 (Seratus Ringgit) bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari.

(g) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan berserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira yang dilantik mengikut undang-undang 12, dengan seberapa segeranya setelah tamat akaun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakakn untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinan-salinannya hendaklah dibekalkan untuk maklumat ahli ditempat urusan Persatuan.

(h) Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb. April dan berakhir pada 31hb. Mac tiap-tiap tahun.

11.6 Penolong Bendahari

Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari dalam menjalankan tugas-tugasnya dan hendaklah memangku jawatannya ketika ketiadaan Bendahari.

11.7 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menolong pegawai lain menjalankan tugasnya apabila diarahkan oleh Jawatankuasa Pentadbir.

PERKARA 12: JURUAUDIT

12.1 Dua orang yang bukan ahli Jawatankuasa Pentadbir perlu dilantik di dalam Mesyuarat Agung sebagai juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula.

12.2 Juruaudit-juruaudit tersebut dikehendaki memeriksa akaun Persatuan bagi setahun dan membuat lapuran atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan.

PERKARA 13: PINDAAN KEPADA UNDANG-UNDANG PERSATUAN

13.1 Pindaan kepada undang-undang Persatuan hendaklah dicadangkan secara bertulis kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum Mesyuarat Agung Tahunan. Setiausaha dikehendaki mengedarkan cadangan pindaan undang-undang kepada semua ahli sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.

13.2 Pindaan-pindaan kepada undang-undang mestilah dipersetujui oleh dua pertiga (2/3) ahli-ahli biasa yang hadir.

13.3 Jika diluluskan, pindaan atau pindaan-pindaan itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa dua puluh lapan (28) hari dari tarikh keputusan dan akan mula berkuatkuasa dari tarikh diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan secara bertulis.

PERKARA 14: PEMBUBARAN

14.1 Persatuan tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) ahli biasa dinyatakan di suatu Mesyuarat Agung Luarbiasa yang bersidang untuk tujuan ini.

14.2 Sekiranya Persatuan dibubarkan dibawah Perkara 14.1, semua hutang piutang dan tanggungan Persatuan yang terlibat secara sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki tabungan dan/atau harta hendaklah diselesaikan oleh sebuah Jawatankuasa Pemandu yang dilantik mengikut apa yang diputuskan oleh ahli-ahli semasa Mesyuarat Agung Luarbiasa pembubaran Persatuan.

14.3 Pengumuman mengenai pembubaran tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh empatbelas (14) hari dari tarikh pembubaran.

PERKARA 15: TAFSIRAN

15.1 Jawatankuasa Pentadbir hendaklah mentafsirkan peraturan-peraturan Persatuan dan di mana perlu menentukan mana-mana maksud yang tidak disebut oleh peraturan-peraturan itu.

15.2 Kecuali di mana peraturan-peraturan itu adalah bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah ditetapkan dahulu oleh suatu Mesyuarat Agong, segala keputusan Jawatankuasa Pentadbir adalah mengikut semua ahli Persatuan kecuali dan sehingga dibatalkan oleh suatu keputusan Mesyuarat Agung.

PERKARA 16: LARANGAN

16.1 Semua ahli Jawatankuasa Pentadbir dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas Persatuan hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia.

16.2 Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan didalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan didalam Ordinan Kesatuan Sekerja, 1959.

16.3 Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

16.4 Faedah-faedah seperti yang diterangkan dibawah seksyen 2 Akta Pertubuhan , 1966 tidaklah boleh diberi oleh Persatuan kepada mana-mana ahli Persatuan.

 Logo MNSKeterangan Mengenai Logo

MNS  :    ialah singkatan kepada Persatuan Nuklear Malaysia dalam Bahasa Inggeris, iaitu Malaysian Nuclear Society.

Bulatan Berwarna Merah :    Pusat sesuatu atom sebagai lambang sains dan teknologi nuklear serta tenaga yang dihasilkan. Ini membawa maksud persatuan ini mempunyai missi mengembangkan sains dan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan.

Warna biru  :    Warna sinaran Cerenkov yang unik untuk sains dan teknologi nuklear dan ia juga membawa maksud penggunaan teknologi ini untuk keamanan dan kesejahteraan manusia.

Bulatan kecil merah  :    Melambangkan elektron yang sentiasa bergerak dalam orbit yang mengelilingi nukleus sesuatu atom. Ia juga   melambangkan bidang sains dan teknologi nuklear sentiasa bergerak untuk mencapai kestabilan dan kesinambungan dalam setiap kehidupan.

Diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 30 Oktober 1996
 
     
 JNRT
 BNM
 NUKLEUS
 NEWS